Binatang Paling Laju Di Darat
Cheetah adalah haiwan yang paling laju di atas darat. Ini fakta fizik. Fakta dalaman atau spiritual pula ialah kerana Cheetah boleh fokus dalam larian. Kalau sudah berlari laju selama 15 minit tetapi masih gagal menangkap mangsa, Cheetah akan berhenti. Tak payah kejar lagi. Buang masa dan tenaga. (Ini dalam dokumentari Animal Planet)
Ada fakta lain yang lebih menarik. Secara fizik velociiti, kijang (antelope) adalah lebih laju dari kelajuan Cheetah. Cuma secara dalaman atau spiritual, kijang suka melihat ke belakang sewaktu berlari dan melompat menyebabkan ini semua akan memperlahankan velociti dan kelajuan kijang. Inilah sebab utama kijang jadi mangsa. Kerana tak fokus (disebut oleh Imam Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Madarij al-Salikin kalau tak salah ingatan).
Manusia muslim kena FOKUS. Tak perlu tenguk dan sibuk kiri atau kanan.
FOKUS DAN BULAT HATI...kalau lambat pun akan jadi cepat.
TAK FOKUS DAN FIKIRAN BERKECAMUK ....lajupun jadi perlahan dan terpesong.
MDB